No module Published on Offcanvas position


Maklumat Am

Pelajar akan diberi latihan teori dan praktikal yang mantap dalam pengendalian dan penyelenggaraan sistem kawalan dan pengukuran proses automatik untuk mengekalkan output produk yang konsisten. Ia adalah merangkumi pengukuran dan kawalan pembolehubah proses dalam kawasan pengeluaran, makmal atau pembuatan dalam contoh pembolehubah proses biasa iaitu pressure, temperature, level dan flow dalam  industri yang boleh dikawal samada secara open loop atau closed loop. Pelajar akan memasang peralatan kawalan dan menggunakan sistem kawalan berasaskan komputer termasuk Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC) dan Sistem Kawalan Teragih (DCS) untuk memantau pembolehubah seperti aliran, suhu, tekanan, aras dan aliran untuk memastikan peralatan dan sistem berfungsi dengan betul, selamat dan pada kehendak yang ditetapkan


Syarat Kemasukan

Menduduki SPM dengan :

i) Memenuhi Syarat Am Kemasukan

ii) Tamat Tingkatan 5

iii) Boleh Membaca, Menulis dan Mengira

 

Jangkamasa Kursus

21 BULAN

KURSUS SEMESTER TEMPOH

SIJIL TEKNOLOGI INSTRUMEN KAWALAN (PROSES)

SEMESTER 1
6 Bulan
SEMESTER 2
6 Bulan
SEMESTER 3
6 Bulan
(Latihan Industri)
3 Bulan

 

Persijilan

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3
Sijil Juruteknik Perindustrian

Peluang Kerjaya

1.Penolong Jurutera Proses

2.Penolong Jurutera Lapangan

3. Juruteknik Bilik Kawalan DCS

4. Juruteknik Kawalan dan Pemprosesan 

5.Teknologi Kawalan & Instrumentasi

6.Pembantu Jurutera Perkhidmatan

7. Juruteknik di industri Pembuatan, Automotif dan lain-lain



* Antara syarikat yang  menawarkan pekerjaan kepada Alumni Diploma Instrumen Kawalan Proses adalah seperti Petronas, Malaysia Nafas Fertlizer Sdn Bhd,  Intel, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Inari Technology Sdn. Bhd.