Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Elektrik – 3 Fasa) yang ditawarkan akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pepasangan Elektrik Industri, Sistem Pencegah Kebakaran, Motor Elektrik Voltan Rendah, Kawalan Motor Elektrik, Sistem Perlindungan Voltan Rendah, Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah, Pengubah, Lukisan Teknikal Elektrik, Sistem Penyaman Udara Domestik, Pengujian dan Pengukuran serta Asas kepada Programmable Logic Controller (PLC). Pelajar juga diwajibkan mengikuti Latihan Industri di syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, Malaysia selama 6 bulan bagi melengkapkan syarat kursus ini. Program ini juga mematuhi standard Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Suruhanjaya Tenaga, Malaysia.
Warganegara Malaysia
Berumur 17 hingga 35 tahun
Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:
a. Bahasa Melayu;
b. Matematik/ Matematik Tambahan;
c. Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan / Fizik/ Kimia atau subjek teknikal berikut:
Pengajian KejuruteraanElektrik & Elektronik
Pendawaian Domestik
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Prinsip Elektrik & Elektronik
Aplikasi Elektrik & Elektronik
Teknologi Elektrik
Pemasangan Kawalan Elektrik
Lukisan Geometri & Elektrik; dan
d. Sejarah (SPM Tahun 2013 ke atas sahaja); dan
** Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran
2 TAHUN
KURSUS | SEMESTER | TEMPOH |
---|---|---|
B19-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI ELEKTRIK) | SEMESTER 1 | 6 Bulan |
SEMESTER 2 | 6 Bulan | |
SEMESTER 3 (Latihan Industri) | 6 Bulan | |
SEMESTER 4 | 6 Bulan |
Pelajar yang LULUS dalam program ini akan dianugerahkan dengan sijil-sijil berikut:
* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kekompetenan Pendawai Elektrik Tiga Fasa (PW4) dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Elektrik – 3 Fasa) memberi prospek kerjaya sebagai Pendawai Elektrik Tiga Fasa atau juruteknik elektrik di sektor awam atau swasta. Peluang sebagai tenaga pengajar di mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam atau Institut Latihan Kemahiran Swasta atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendawai Elektrik kategori PW6 atau bidang Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah sekatan A0 atau A1.