Melatih pelajar lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang Elektronik Industri berasaskan sistem elektronik merangkumi rekacipta serta baikpulih litar dan peralatan elektronik. Selain daripada itu pelajar juga akan diberi pendedahan dari aspek pengurusan, penyeliaan dan penyelenggaraan mesin serta peralatan termasuk kawalan automasi lanjutan. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Teknologi Elektronik Industri menyediakan pelajar dengan kemahiran dalam rekabentuk, menguji dan menyelia sistem elektronik yang digunakan industri seperti sistem robotic berdasar Programmable Logic Controller(PLC), pneumatik, hidraulik, Mikropemproses, Digital dan Analog Elektronik. Teknologi elektronik terbaru juga diterapkan dalam silibus untuk menghasilkan graduan yang cemerlang dan kompeten bagi memenuhi tenaga kerja global.
Disamping mematuhi standard silibus yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, pelajar didedahkan dengan nilai tambah seperti pertandingan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang inovasi dan robotik.
Menduduki SPM dengan :
i) Memenuhi Syarat Am Kemasukan
ii) Tamat Tingkatan 5
iii) Boleh Membaca, Menulis dan Mengira
iv) Lulus Matematik / Matematik Tambahan
v) Lulus Sains / Sains Tarabahan / Sains Gunaan/Fizik/Kimia
2 TAHUN
KURSUS | SEMESTER | TEMPOH |
---|---|---|
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK PERINDUSTRIAN | SEMESTER 1 | 6 Bulan |
SEMESTER 2 | 6 Bulan | |
SEMESTER 3 | 6 Bulan | |
SEMESTER 4 | 6 Bulan |
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3
Sijil Juruteknik Perindustrian
Technologist in Electronic Industry
Test & Debug Technician
R & D Technician
QC/QA Technician
Penolong Pegawai Latihan Vokasional
Jualan Teknikal
Peluang pekerjaan dalam bidang ini dijangka meningkat berikutan persaraan, dan pertumbuhan terkini dalam sektor perkilangan.