No module Published on Offcanvas position


Maklumat Am

Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara mendapat Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan dua kursus Sepenuh Masa menggunakan kod NOSS ME-020-3:2012 iaitu Penyeliaan, Pemasangan dan Penyelenggaraan HVAC (Sijil) dan kod NOSS ME-020-4:2012 iaitu Pengurusan Rekabentuk, Pemasangan dan Penyelenggaraan HVAC (Diploma). Kedua-kedua kursus ini mendapat penganugerahan Star Rating 5 bintang (Cemerlang).

Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran penyamanan udara (airconditioning) dan penyejukkan (refrigeration) yang melibatkan industri pembuatan makanan berteknologi tinggi, perhotelan, industri makanan sejukbeku, industri teknologi hijau dan industri perkhidmatan atau servis.

Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 30-40% teori dan 60-70% amali. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam subjek yang diajar di Tahap 2 iaitu Pengenalan Kepada Sistem Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara, Prinsip Asas Elektrik dan Kawalan Motor, Asas Ketukangan besi dan Penyambungan Paip, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya. Di Tahap 3 pelajar akan didedahkan dengan subjek Sistem Penyejukbekuan Komersial, Rekabentuk Ducting Hvac, E-keusahawanan, Lukisan Berbantu Komputer (Autocad), Rekabentuk Sistem Perpaipan HVAC dan sebagainya. Manakala untuk Tahap 4 (Diploma) pelajar akan didedahkan dengan subjek-subjek seperti Sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Industri, Dokumentasi Tender HVAC, Proses Rancangan dan Pemantauan HVAC, Pengiraan Kos Projek HVAC, Projek Akhir dan sebagainya.


Syarat Kemasukan

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Tamat Tingkatan 5;

**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

Jangkamasa Kursus

2 TAHUN 3 BULAN

KURSUS SEMESTER TEMPOH

B02-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA)

SEMESTER 1
6 Bulan
SEMESTER 2
6 Bulan
SEMESTER 3
6 Bulan
SEMESTER 4
6 Bulan
SEMESTER 5
(Latihan Industri)
3 Bulan

 

Persijilan

·         SIJIL TEKNOLOGI PPU / SKM Tahap 2 dan Tahap 3

·         DIPLOMA TEKNOLOGI / DKM Tahap 4

MODUL NILAI TAMBAH

·         Kad Hijau (Green Card) diiktiraf oleh CIDB

·         Program Persijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar

·         Sijil Kompeten (Certified Personnel Handling Flammable Refrigerant) dibawah MS 2678: 2017 diikitraf oleh JTM & Mitsubishi Electric Malaysia

·         Kompeten Brazzer – antara program persijilan di bawah COSE HVAC

·         Sijil Kompeten (Certification Personnel Handling Ammonia Refrigerant)

Peluang Kerjaya

Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) menyediakan prospek kerjaya sebagai Juruteknik Penyelenggaraan di sektor Awam atau Swasta atau menjalankan perniagaan sebagai Penyedia Perkhidmatan untuk memasang / menyelenggara /membekalkan unit penyaman udara. Selain peluang sebagai tenaga pengajar di mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam atau Institut Latihan Kemahiran Swasta. Jika tidak, mereka masih boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.

·         Juruteknik Pemasangan/Servis AC

·         Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan

·         Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi

·         Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

·         Penolong Jurutera untuk perunding dan firma kontraktor

·         Usahawan dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik

 

INDUSTRI BERKAITAN

 

·         Daikin

·         ACSON

·         Mitsubishi

·         Koolman

·         Midea

·         Enersave

·         Prihoda

·         Topaire

·         Seimei Engineering

·         Industri makanan sejuk beku (seperti Ramly Burger, Ikhwan Food, Fama)

·         Pasar Raya Besar (Tesco, Mydin, Jusco, Cold Storage)