Bahagian Teknologi Instrumen Kawalan Proses (IKP), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas telah mengadakan 2 kursus peningkatan kemahiran staf pada minggu lalu. Kursus Controlling Process within IIoT pada 22-23 Julai 2024, seramai 7 orang tenaga pengajar yang dikendalikan oleh tenaga pengajar luar iaitu En. Muhammad Razizuddin dari Honeywell Engineering Sdn Bhd.
Objektif kursus ini untuk memberi pendedahan dan pemantapan berkaitan Process Instrumentation Diagram, Process Control System Architecture dan DCS Control System serta Industrial Internet of Thing ( IIoT) yang melibatkan Instrumen kawalan proses.
Manakala Kursus Instrument & Process Control System Training For Trainer pada 24-25 Julai seramai 10 orang tenaga pengajar yang dikendalikan oleh pengajar luar iaitu En. Abdul Aziz Ishak yang merupakan bekas pensyarah Uitm, Shah Alam dan pengajar Solution Engineering Sdn Bhd.
Objektif kursus ini untuk memberi pendedahan dan pemantapan berkaitan PID Architecture & Process Control Loops Tuning yang melibatkan kawalan proses yang terdapat pada bilik loji.
Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan diharapkan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan tenaga pengajar agar dapat memberikan input terbaik buat para pelajar Teknologi Instrumen ( Kawalan Proses ).