Sejarah telah tercipta apabila Yang Berbahagia 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗼𝘀𝗽𝗶𝗮𝗴𝗼𝘀 𝗯𝗶𝗻 𝗧𝗮𝗵𝗮, 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 merasmikan 𝗝𝗧𝗠 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗖𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆 𝗛𝘂𝗯 (𝗘𝗖𝗧𝗛) yang bertempat di Dewan Mutiara Bertam, ILP Kepala Batas pada pagi ini. Enam hub teknologi tersebut terdiri daripada Mitsubishi Electric Techno School (METS), Prihoda Training Centre, Daikin Academy, Chint Electrical Laboratory, Tectra Academy, dan KNX Authorized Training Centre (ATC).
Majlis ini juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) bersama enam rakan kolaborasi industri. Industri yang telah terlibat dalam majlis ini adalah Dynamic Smart Services, Dr Pakar Aircond Sdn Bhd, Prihoda Malaysia Sdn Bhd, Festech Sdn. Bhd, Lestari Duta Sdn Bhd dan Mujur Sinarjaya Sdn Bhd yang merupakan rakan industri bagi kursus Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU), Elektronik Industri dan Instrumen (Kawalan Proses).
Penubuhan pusat latihan pakar ini bertujuan untuk menggalakkan kerjasama yang baik antara industri dan institut berdasarkan konsep sumbangan peralatan dan khidmat nasihat kepakaran manakala pihak industri dapat mempromosikan ILJTM sebagai tempat melahirkan pekerja mahir yang berkualiti dan mengikut kehendak industri.
