No module Published on Offcanvas position

Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Pengukuran

Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Pengukuran dari Syarikat Robert Bosch Automotive Steering Sdn Bhd kepada ILP Kepala Ilp Kepala Batas
Pada 4 September 2024, satu majlis penyerahan sumbangan peralatan telah diadakan oleh Syarikat Robert Bosch Automotive Steering Sdn Bhd, Perai kepada Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang.
Majlis tersebut dihadiri oleh Pengurus Kilang En. Mandeep Bhalla Syarikat Robert Bosch dan Ts. Zahari Md Zin Timbalan Pengarah latihan ILP Kepala Batas Bersama-sama ketua ketua jabatan berkenaan. Dalam ucapan pembukaannya En. Mandeep Bhalla menekankan pentingnya tanggungjawab sosial dalam operasi syarikat dan bagaimana inisiatif seperti ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memberikan impak positif kepada masyarakat terutamanya dalam bidang TVET.
Sumbangan yang diserahkan merupakan pelbagai jenis peralatan pengukuran yang akan digunakan untuk latihan oleh pengajar dan pelajar ILP Kepala Batas. Ts. Zahari Md Zin mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut dan menegaskan bahawa ia akan membantu mereka mencapai objektif latihan yang lebih berkesan disebabkan tambahan peralatan dalam masa yang aktivit hands-on pelajar akan bertambah
Majlis tersebut diakhiri dengan sesi bergambar dan diikuti oleh jamuan ringkas, yang memberi peluang kepada para hadirin untuk berinteraksi dan berbincang lebih lanjut mengenai kerjasama masa depan antara kedua-dua entiti.
Dengan sumbangan ini, Syarikat Robert Bosch Automotive Steering menunjukkan komitmennya yang berterusan untuk menyokong program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat, memperkukuh hubungan antara sektor korporat dan masyarakat, serta menyumbang kepada pembangunan TVET yang mampan.