Pengarah Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Encik Hairul Nizzat bin Bahrin telah menerima Sijil Pentauliahan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 yang disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi, Dato’ Sri Fadillah Bin Haji Yusof di Majlis "TVET Competent ST - Energy Transition Catalyst" yang berlangsung Hotel Le Meridien Putrajaya pagi ini.
Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 berdurasi 2 tahun ini merupakan program kompak khas kepada pelajar yang memiliki kekompetenan Pendawai Elektrik 3 Fasa. Suruhajaya Tenaga mengadakan majlis ini bertujuan untuk memperkasakan program TVET dan aktiviti berkaitan elektrik dan gas di peringkat institusi yang secara tidak langsung dapat menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri dalam bidang kekompetenan tersebut. Hasil program ini diharapkan dapat memenuhi permintaan keperluan industri, menaiktaraf kemahiran TVET dan memperkasakan program pengajian tertiari TVET untuk sektor tenaga hijau negara. Pegawai dari ILP Kepala Batas , Cik Norshariza binti Shamsudin turut ditauliahkan sebagai Pendawai Elektrik 3 Fasa PW4 di dalam majlis ini.