No module Published on Offcanvas position

PENGENALAN ILP KEPALA BATAS


PENGENALAN

 

Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas merupakan salah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia(JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM).

ILP Selandar ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina dibawah Rancangan Malaysia Ke 8 (RMK 8) di atas tanah seluas 50 ekar di Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang. ILP Kepala Batas mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar dan dianggotai oleh seramai 76 orang staf.

ILP Kepala Batas dibina bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020.

Sejurus dengan itu, ILP Kepala Batas menumpukan latihan kemahiran di dalam 5 bidang kursus iaitu Teknologi Telekomunikasi, Teknologi Elektrikal, Teknologi Elektronik, Teknologi PPU dan Teknologi Instrumen.

PANDUAN KEMASUKAN

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

Jom sertai kami, kini kami membuka permohonan bagi pelajar baru. Pelajar yang berminat untuk mendaftar, anda boleh membuat permohonan melalui e-Permohonan atas talian dengan klik pada pautan di bawah;

     MOHON MASUK ILP     MOHON MASUK ILJTM      MOHON MASUK INSTITUSI TVET


HUBUNGI KAMI

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS, LOT 2022 JALAN TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Tel    : 04- 577 6100

Faks  : 04- 577 6144

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Waktu Operasi : 8.00 a.m hingga 5.00 p.m (Rehat 1.00 p.m - 2.00 p.m)

LOKASI

 


SOALAN LAZIM

1. Adakah ILP Kepala Batas merupakan sebuah institusi pengajian awam?

Ya, ILP Kepala Batas merupakan sebuah institusi pengajian awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia dimana terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

 

2. Apakah kursus yang ditawarkan ILP Kepala Batas ?

Buat masa ini, terdapat 5 kursus yang ditawarkan, iaitu;

1)    Sijil Teknologi Telekomunikasi

2)    Sijil Teknologi Elektronik

3)    Sijil Teknologi Instrumen Kawalan ( Proses)

4)    Sijil Teknologi Elektrikal

5)    Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

 

3. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki ILP Kepala Batas ?

Kelayakan untuk memasuki ILP Selandar adalah;

-       Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)

-       Warganegara Malaysia

-       Umur 17 tahun ke atas

 

 

4. Bagaimanakah cara untuk memohon ke ILP Kepala Batas ?

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online). Klik sini untuk maklumat lanjut

 


5. Berapa lama tempoh pengajian di ILP Kepala Batas?

Jangkamasa kursus berlainan mengikut bidang kursus. Boleh rujuk informasi di Pautan Jabatan

 

6. Apakah konsep pembelajaran yang dijalankan di ILP Kepala Batas?

Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).

7. Adakah bidang kemahiran yang di jalankan di ILP Kepala Batas diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak

 

8. Dimanakah saya boleh menyambung pengajian saya setelah tamat belajar?

Lepasan pelajar ILP Kepala Batas boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.

 

9. Bagaimanakah peluang pekerjaan saya di sektor awam?

Pelajar  boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).