popular

PENGENALAN KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK / SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

PENGENALAN

Kursus Teknologi Elektrik merupakan salah satu daripada lima kursus kemahiran yang ditawarkan di ILP Kepala Batas Pulau Pinang. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan persijilannya dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST). Pelajar yang terlibat dalam persijilan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), mereka akan diberikan latihan kemahiran teori dan amali berstruktur menggunakan NOSS EE-320-2:2012(Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa), EE-320-3:2012 Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga dan EE-320-4:2012 (Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah). Bagi pelajar yang lulus dengan jayanya dalam peperiksaan, mereka akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 bagi program sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 bagi program Diploma. Pelajar yang terlibat dalam persijilan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) akan diberikan latihan kemahiran teori dan amali menggunakan silibus yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Bagi pelajar yang lulus dengan jayanya dalam peperiksaan, mereka akan mendapat Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai Elektrik Tiga Fasa dan Endorsan Pengujian (PW4) dan Perakuan Kekompetenan Sebagai Penjaga Jentera Elektrik (A0/A1/A4) yang mereka mohon. Kaedah pembelajaran bagi kedua persijilan ini (JPK dan ST) adalah berdasarkan 30% teori dan 70% amali. Graduan bidang ini berpeluang menyambung pelajaran ke CIAST, menyambung pelajaaran ke peringkat ijazah melalui kaedah TVET-MTUN atau menceburi dalam apa jua bidang kerjaya yang bersangkutan dengan elektrik sama ada dalam industri perkilangan, perhotelan, petrokimia, perkapalan, pembuatan, pengagihan elektrik, janakuasa, sektor awam, sektor swasta, bekerja sendiri sebagai kontraktor elektrik dan sebagainya.

SENARAI PROGRAM

  a. Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai Elektrik Dengan Sekatan Fasa Tiga dan Endorsan Pengujian (PW4 - Suruhanjaya Tenaga) Beserta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3 - Jabatan Pembangunan Kemahiran).

    Bagi calon lepasan SPM. Tempoh Kursus 24 bulan

  b. Perakuan Kekompetenan Sebagai Penjaga Jentera Eektrik (PJE A0 - Suruhanjaya Tenaga) Beserta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4 - Jabatan Pembangunan Kemahiran).

    Bagi calon yang sudah memiliki SKM 3 dan Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai Elektrik (PW1/2/3/4). Tempoh Kursus 24 bulan.

  c. Perakuan Kekompetenan Sebagai Penjaga Jentera Eektrik (PJE A1 - Suruhanjaya Tenaga).

    Bagi calon lepasan SPM. Tempoh Kursus 36 bulan</>

  d. Perakuan Kekompetenan Sebagai Penjaga Jentera Eektrik (PJE A4 – Suruhanjaya Tenaga)

    Bagi calon yang sudah memiliki Perakuan Kekompetenan Sebagai Penjaga Jentera Elektrik A1. Tempoh Kursus 12 bulan.

MODUL NILAI TAMBAH

 a. Kad Hijau (Green Card) - Dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

 b. Niosh Safety TNB Passport (NSTP) - dikeluarkan oleh National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH)

PELUANG KERJAYA

a. Jawatan yang berkaitan

  1. Juru Elektrik
  2. Penyelia Elektrik
  3. Juruteknik Elektrik
  4. Pendawai Elektrik
  5. Penjaga Jentera Elektrik
  6. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional
  7. Penolong Pegawai Latihan Vokasional
  8. Kontraktor Elektrik

b. Pemain Industri berkaitan

  1. ZESS Engineering Sdn Bhd – Syarikat Kontraktor Elektrik dan Perkhidmatan Elektrik Bumiputera kelas A.
  2. BAGAN ELEKTRIK – Syarikat Kontraktor Elektrik, Perkhidmatan Elektrik dan Konsultansi Sivil Kelas A.
  3. Tenaga Nasional Berhad (TNB). – Pihak Berkuasa Bekalan membekal tenaga elektrik kepada pengguna.

 

 

pornos deutsches porno frei porno iphone porno kamera porno student porno