archived

Berita COSE ILP Kepala Batas Bulan April 2017                                                      

Disediakan oleh : Erwandy bin Mohamed Aziz

30 Mac 2017

Satu lawatan kerja rasmi telah diadakan oleh team Cose ILp Kepala Batas bersama pengarah ILP ke pejabat MACRA di Jalan Kuchai Lama. Lawatan ini disambut mesra oleh presiden MACRA, Dato’ Andy Kwan (gambar) Dato Seri Dr. Ricky Yaw, Mr Gan dan Mr Chine. Perjumpaan dan perbincangan menjurus kepada Majlis Menandatangani Perjanjian dan halatuju bersama MACRA dan ILP Kepala Batas. Malaysian Air Conditioning & Refrigeration Association (MACRA) merupakan sebuah persatuan organisasi swasta yang mempunyai jaringan syarikat-syarikat bidang HVAC di seluruh Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Dato Andy Kwan kerana sudi menerima kunjungan rasmi ini dan Semoga kerjasama terjalin erat di antara kedua-duanya.

 

2-20 April 2017

Program latihan modul Diploma semester 7 bidang PPU bermula pada awal bulan April. Ianya dimulai dengan latihan modul 5 pada 2 – 5 April oleh Kolej Vokasional Slim River ( 30 orang pelajar dan 3 guru). Disusuli Kursus Modul 5 Kolej Vokasional Melaka Tengah (28 pelajar dan 3 guru) , kursus modul 7 oleh Kolej Vokasional Melaka Tengah (28 pelajar dan 3 guru). Pada 8-10 April, kursus bersambung dengan modul 5 oleh Kolej Vokasional Kota Tinggi (30 pelajar dan 3 guru). Pada 10-12 April, adalah kursus modul 5 kolej vokasional PortDickson (26 pelajar dan 3 guru), Kursus modul 7 Kolej Vokasional Portdickson (23 pelajar dan 3 guru), Kursus Modul 5 Kolej Vokasional Muar (30 pelajar dan 3 guru). Akhir sekali pada 18-20 April merupakan latihan kursus modul 5 pada Kolej Vokasional Alor Setar (23 pelajar dan 3 guru) dan Kursus modul 7 Kolej Vokasional Alor Setar (24 pelajar dan 3 Guru). Bulan April ini mencatatkan bilangan pelajar Kolej Vokasional antara yang terbesar dalam sejarah kursus modul Kolej Vokasional di ILP Kepala Batas. Tahniah pada CoSE ILP Kepala Batas dan Kolej Vokasional yang telah sudi hadir bagi melengkap kan modul diploma. Semoga perkongsian ilmu ini dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar tersebut.

 

 3-7 April 2017

Pada 3 hingga 7 April 2017, pihak ILP Kepala Batas telah menerima kunjungan pelajar dari UTHM bagi menjalankan Program Kerjasama Latihan Kemahiran Tahap 3 bidang PPU untuk pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional UTHM. Kursus berlangsung di Bengkel Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) dan Bengkel Cose ILP Kepala Batas. Para pelajar teruja dengan fasiliti dan kelengkapan mesin yang terdapat di ILP Kepala Batas dan menyatakan rasa minat untuk menyambung pengajian Latihan Kemahiran Tahap 4 dan 5. Kursus diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan pada hari terakhir diikuti sesi bergambar untuk kenangan.

 

                Gambar kenangan bersama pelajar- pelajar dan pensyara dari UTHM

11 April 2017

Pada 11 April Bahagian CoSE ILP Kepala Batas bekerjasama dengan Sinko Ind. Ltd Japan bagi mengadakan seminar bertajuk ‘HVAC CLEANROOM TECHNOLOGY’. Penceramah yang dijemput ialah Mr Nagai yang merupakan wakil dari negara Jepun. Antara peserta yang terlibat ialah staf ILP Kepala Batas dan pengajar-pengajar Kolej Vokasional. Semoga perkongsian ini memberi impak positif dalam mengetahui perkembangan terkini bidang HVAC di Malaysia.

 

pornos deutsches porno frei porno iphone porno kamera porno student porno