KURSUS TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA/ SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

PENGENALAN

Teknologi PPU mendapat Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan dua kursus Sepenuh Masa menggunakan kod NOSS ME-020-3:2012 iaitu Penyeliaan, Pemasangan dan Penyelenggaraan HVAC (Sijil) dan kod NOSS ME-020-4:2012 iaitu Pengurusan Rekabentuk, Pemasangan dan Penyelenggaraan HVAC (Diploma). Kedua-kedua kursus ini mendapat penganugerahan Star Rating 5 bintang (Cemerlang).

Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran penyamanan udara (airconditioning) dan penyejukkan (refrigeration) yang melibatkan industri pembuatan makanan berteknologi tinggi, perhotelan, industri makanan sejukbeku, industri teknologi hijau dan industri perkhidmatan atau servis

Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 30-40% teori dan 60-70% amali. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam subjek yang diajar di Tahap 2 iaitu Pengenalan Kepada Sistem Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara, Prinsip Asas Elektrik dan Kawalan Motor, Asas Ketukangan besi dan Penyambungan Paip, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya. Di Tahap 3 pelajar akan didedahkan dengan subjek Sistem Penyejukbekuan Komersial, Rekabentuk Ducting Hvac, E-keusahawanan, Lukisan Berbantu Komputer (Autocad), Rekabentuk Sistem Perpaipan HVAC dan sebagainya. Manakala untuk Tahap 4 (Diploma) pelajar akan didedahkan dengan subjek-subjek seperti Sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Industri, Dokumentasi Tender HVAC, Proses Rancangan dan Pemantauan HVAC, Pengiraan Kos Projek HVAC, Projek Akhir dan sebagainya.

SENARAI PROGRAM

  a. SIJIL TEKNOLOGI PPU / SKM Tahap 2 dan Tahap 3

  b. DIPLOMA TEKNOLOGI / DKM Tahap 4

MODUL NILAI TAMBAH

 a. Kad Hijau (Green Card) diiktiraf oleh CIDB

 b. Program Persijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar

 c. Sijil Kompeten (Certified Personnel Handling Flammable Refrigerant) dibawah MS 2678: 2017 diikitraf oleh JTM & Mitsubishi Electric Malaysia

 d. Kompeten Brazzer – antara program persijilan di bawah COSE HVAC

 e. Sijil Kompeten (Certification Personnel Handling Ammonia Refrigerant)

PELUANG KERJAYA

a. Jawatan yang berkaitan

  1. Juruteknik Pemasangan/Servis AC
  2. Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan
  3. Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi
  4. Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  5. Penolong Jurutera untuk perunding dan firma kontraktor
  6. Usahawan dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik

b. Pemain Industri berkaitan

  1. Daikin
  2. ACSON
  3. Mitsubishi
  4. Koolman
  5. Midea
  6. Enersave
  7. Prihoda
  8. Topaire
  9. Seimei Engineering
  10. Industri makanan sejuk beku (seperti Ramly Burger, Ikhwan Food, Fama)
  11. Pasar Raya Besar (Tesco, Mydin, Jusco, Cold Storage)

 

 

pornos deutsches porno frei porno iphone porno kamera porno student porno