Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua pengunjung-pengunjung yang sudi dan telah mengunjungi laman web ADTEC JTM Kampus Kepala Batas. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada kakitangan ADTEC yang mencurah tenaga dan kreativiti mereka dalam menghasilkan laman web ini di sebalik segala kekangan yang ada.
Hari ini Jabatan Tenaga Manusia melalui institut latihannya telah mempelopori aktiviti-aktiviti melahirkan tenaga kerja mahir melalui latihan kemahiran di peringkat Sijil, Diploma mahupun Diploma Lanjutan. Dengan misi dan visi institut yang menjurus kepada latihan kemahiran bertaraf dunia, adalah menjadi hasrat utama ADTEC Kepala Batas menjadikan Laman Web ini sebagai wadah dan media interaksi dalam menyampaikan dan menyebarkan segala maklumat mengenai dasar-dasar dan program-program serta data terkini ADTEC Kepala Batas untuk di sampaikan terus kepada masyarakat untuk di manfaatkan bersama.

